Sunday, August 30, 2009

AL-FATIHAH DARI KUMPULAN SOUTUL BUSYRA BUAT USTAZ ASRI RABBANI

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Harakah) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia. Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi. “Saya tidak tahu apa puncanya” katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai ‘pahlawan nasyid’ yang sukar dicari ganti.
Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara emas itu amat sukar dicari ganti.

“Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu Allahyarham Zairy yang pergi dengan cara mengejut” ujarnya dalam sebak menahan kesedihan. Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggotai Nadamurni.
“Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari Allahyarham sendiri, bahkan Allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid. “Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini” ujarnya.

Ulama nasyid

Kali terakhir bertemu dengan Allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini. Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam, 40, menyifatkan Allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid. “Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam” ujarnya.

Beliau yang kini berada di Kota Bharu untuk promosi Kopi Hijjaz, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan sebab tidak dapat pulang menziarahi allahyarham buat kali terakhir kerana masaalah tiket penerbangan telah habis. Menurutnya, semua tiket sama ada MAS, Firefly, Air Asia kesemuanya habis untuk penerbangan hari ini.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani, Azadan menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.
“Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah” ujarnya.

Tambahnya, lagipun kumpulannya sentiasa merangkakan program bersama khususnya rakaman ‘zikir’ bersama Rabbani. Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan Allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak pernah putus.

“Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini” ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.
Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zairy meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani. Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ARAH, Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru, Nostalgia Nada Murni. - mks. _

Friday, July 24, 2009

GURU2 PEMIMPIN KUMPULAN NASYID (SOUTUL BUSYRA)

-Ustaz Sahafuddin
-Ustazah Mazlina
-Teacher Salwani

Tuesday, July 21, 2009

DENGAN NAMA ALLAH..

“Sesungguhnya peluang untuk bertugas mengembangkan dakwah itu adalah taufik dari Allah. Allah lah yang memudahkan bagi sesiapa yang didapati baik hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan yang dikurniakan Allah kepada seorang pendakwah, bukannya bebanan..."

HUMAN BASIC NEED

Dakwah adalah keperluan manusia secara universal. Ertinya, setiap manusia, di mana pun ia berada, tidak akan pernah bisa hidup dengan baik tanpa dakwah. Dakwahlah yang akan menuntun manusia pada kebaikan. Maka, jangan pernah terfikir untuk menjauh dari dakwah dengan alasan apa pun. Semakin kita merasa berat meniti jalan Islam, semakin besar pula keperluan kita terhadap dakwah.

Friday, May 8, 2009

Senandung Seorang Hamba

Langkah kakiku masih di sini
Kerana nikmat kehidupan kurniaan Ilahi
Sungguh aku hargai
Segala kurniaan Mu ini

Namun....
Seringkali aku lupa diri
Lantaran keseronokan mengejar cinta duniawi
Walau cukup kusedari
Ianya fatamorgana yang mengaburi mataku ini
Ajakan nafsu seolah melambai aku mendekati
Godaan syaitan membisikkan keindahan hidup ini

Ahh.....
Mampukah diriku menjauhinya
Tanpa petunjuk dariMu Yang Esa
Dapatkah aku mengatasinya
Tanpa hidayahMu Pencipta Semesta

Oh Tuhan..
Kekalkanlah diriku dalam cahaya iman
Teguhkanlah diriku dalam panduan Al-Quran
Bantulah daku dalam menjadikan Rasul sebagai ikutan
Kerana apa yang kuharapkan
Hanyalah kebahagiaan dan ketenangan
Melayari hidup dengan panduanMu Tuhan

Onak ranjau berduri
Bagaikan merentangi perjalanan
Andai tiada sebuah ketabahan
Andai terlucut mahkota keimanan
Pastinya diri dirundung seribu kekesalan
Kerana tidak dapat menatapMu Tuhan
Di hari kebangkitan yang penuh kenikmatan
Bagi mereka yang berjaya melawan godaan.........

Tuesday, March 17, 2009

3 CAHAYA DI HARI KIAMAT

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

NAMA2 AHLI KUMPULAN NASYID SOUTUL BUSYRA.

- AHMAD HAMDAN MAROSADEE
- KHABBAB RAMADHAN
- NIK AHMAD AIMAN
- FARHAN BALQINIEY
-AIMAN SYAFIQ
-SHAH ISKANDAR
-AHMAD SYAZILI
-AHMAD SYU'AIB
-MOHD HAKIM
-ILHAM ALAUDDIN
-SYAHMI NORHAFIZ
-FARIS HARMAN

Monday, March 16, 2009

Selamat Datang!!!!

Selamat datang ke blog Soutul Busyra. Semoga Blog ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama....