Friday, May 8, 2009

Senandung Seorang Hamba

Langkah kakiku masih di sini
Kerana nikmat kehidupan kurniaan Ilahi
Sungguh aku hargai
Segala kurniaan Mu ini

Namun....
Seringkali aku lupa diri
Lantaran keseronokan mengejar cinta duniawi
Walau cukup kusedari
Ianya fatamorgana yang mengaburi mataku ini
Ajakan nafsu seolah melambai aku mendekati
Godaan syaitan membisikkan keindahan hidup ini

Ahh.....
Mampukah diriku menjauhinya
Tanpa petunjuk dariMu Yang Esa
Dapatkah aku mengatasinya
Tanpa hidayahMu Pencipta Semesta

Oh Tuhan..
Kekalkanlah diriku dalam cahaya iman
Teguhkanlah diriku dalam panduan Al-Quran
Bantulah daku dalam menjadikan Rasul sebagai ikutan
Kerana apa yang kuharapkan
Hanyalah kebahagiaan dan ketenangan
Melayari hidup dengan panduanMu Tuhan

Onak ranjau berduri
Bagaikan merentangi perjalanan
Andai tiada sebuah ketabahan
Andai terlucut mahkota keimanan
Pastinya diri dirundung seribu kekesalan
Kerana tidak dapat menatapMu Tuhan
Di hari kebangkitan yang penuh kenikmatan
Bagi mereka yang berjaya melawan godaan.........